Panjang ialah jarak antara dua titik yang diukur sepanjang garis lurus. Dua ukuran
panjang boleh dibandingkan secara terus dengan meletakkannya sebelah menyebelah. Panjang boleh dibandingkan secara tidak langsung dengan membandingkannya dengan panjang ketiga. Perbandingan ukuran panjang sebenarnya boleh diukur dengan menggunakan alat pengukur seperti pembaris dan pita pengukur.
Unit bukan piawai ialah sebarang ukuran panjang abitrari yang digunakan sebagai unit.
Contohnya: (a)bahagian badan seperti jengkal, tapak kaki dan panjang lengan; dan
(b)objek seperti pen, klip kertas, rod, lidi dan sebagainya. Dahulu kala, bahagian badan menjadi ukuran untuk mengukur unit panjang , contohnya:
hasta – daripada siku ke hujung jari hantu
jengkal – daripada hujung ibu jari ke hujung jari kelengkeng yang diluaskan pembukaan jari.
depa – daripada hujung jari hantu ke hujung jari hantu sebelah tangan lagi satu.
genggam – semua jari ditutup dan dari tepi tapak tangan ke tepi ibu jari (masih lagi gigunakan untuk mengukur tinggi kuda)
kaki – membahagikan ukuran kepada 12 inci, dan ukuran asalnya berdasarkan kepada panjang kaki.
Unit piawai ukuran panjang telah diterima di peringkat antarabangsa.
Contohnya :
(a) ela, (b) meter, (c) batu, (d) inci dan (e) kilometer
Unit-unit seperti ela, batu dan inci dikenali sebagai unit imperial. Manakala unit meter
kilometer dikenali sebagai unit metric. Walaubagaimana pun, kurikulum sekolah Malaysia hanya menyentuh unit metrik sahaja. Contoh-contoh unit metrik untuk panjang termasuklah milimeter