Tuesday 29 November 2011

RPH 1


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TAHUN






Refleksi Pengajaran Mengukur Panjang Menggunakan Unit Metrik

Kelebihan
Setelah melaksanakan pengajaran ini, saya dapati set induksi yang dijalankan dapat menarik perhatian murid. Dengan adanya bahan maujud yang dibawa oleh guru telah menyebabkan murid ternanti-nanti tajuk pengajaran pada hari itu. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga dapat menarik perhatian murid. Ini adalah disebabkan oleh aktiviti yang dijalankan melibatkan semua murid untuk mengukur peralatan yang ada di dalam bekas pensil mereka.


Kelemahan
Aktiviti mengukur tidak berjalan dengan lancar kerana sebilangan murid tidak mempunyai pembaris. Sepatutnya saya memesan lebih awal kepada murid supaya membawa pembaris agar aktiviti berjalan dengan lebih lancar.

Cadangan Penambahbaikan

Untuk penambahbaikan dalam mengajar topik ini, guru boleh membawa murid melaksanakan aktiviti mengukur di luar kelas. Ini mungkin akan menjadikan aktiviti lebih menarik dan dapat menarik perhatian murid terutamanya mereka yang sering tidak memberi tumpuan terhadap sesi P&P. Guru juga boleh melaksanakan permainan yang melibatkan pengukuran di luar bilik darjah misalnya permainan konda kondi yang diubahsuai agar melibatkan aktiviti pengukuran yang melibatkan unit metrik.















Video Set Induksi


0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India