Anda boleh menjawab latihan yang diberikan untuk meningkatkan lagi kefahaman anda. Selamat mencuba....
Presentation1
View more presentations or Upload your o...
Tuesday, 6 December 2011
Sunday, 4 December 2011
Al-kisah Raja dan Tukang kayu

Raja Dan Tukang kayu
Pada suatu masa dahulu, sebelum katil dicipta, seorang raja telah meminta seorang tukang kayu untuk membuat sebuah katil untuk permaisurinya. Raja meminta Permaisuri baginda untuk berbaring sementara baginda raja berjalan disekeliling permaisuri. Baginda raja mengukur badan permaisuri tersebut dengan menggunakan bilangan tapak kaki baginda. Seterusnya, raja menyuruh tukang kayu tersebut membuat katil berdasarkan ukuran yang telah dibuat. Katil tersebut seharusnya...
Wednesday, 30 November 2011
Tuesday, 29 November 2011
RPH 1
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TAHUN
Refleksi Pengajaran Mengukur Panjang Menggunakan Unit Metrik
Kelebihan Setelah melaksanakan pengajaran ini, saya dapati set induksi yang dijalankan dapat menarik perhatian murid. Dengan adanya bahan maujud yang dibawa oleh guru telah menyebabkan murid ternanti-nanti tajuk pengajaran pada hari itu. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga dapat menarik perhatian murid. Ini adalah disebabkan oleh aktiviti yang dijalankan melibatkan semua murid untuk mengukur peralatan yang ada di dalam bekas pensil mereka.
KelemahanAktiviti mengukur tidak berjalan dengan lancar kerana sebilangan murid tidak...
RPH 2
RANCANGAN PENGAJARAN HARIANPenambahan ukuran panjang melibatkan sentimeter (cm) dan milimeter (mm)
a
REFLEKSIKekuatan:Aktiviti yang dirancang dapat menarik minat murid terutamanya elemen muzik yang dimasukkan semasa aktiviti kumpulan. Kesemua aktiviti yang dirancang melibatkan semua murid dan ini mengurangkan masalah disiplin dikalangan murid-murid.
Kelemahan:Aktiviti mengukur di dalam kumpulan kurang sesuai kerana hanya 2 utas tali sahaja yang dibekalkan untuk diukur. Sepatutnya bilangan tali lebih dari itu bagi memberi peluang kepada semua ahli kumpulan dapat menjalankan aktivti mengukur dan menambah pangjang tali.
Cadangan...
Tuesday, 11 October 2011
PANJANG

Panjang ialah jarak antara dua titik yang diukur sepanjang garis lurus. Dua ukuran
panjang boleh dibandingkan secara terus dengan meletakkannya sebelah menyebelah. Panjang boleh dibandingkan secara tidak langsung dengan membandingkannya dengan panjang ketiga. Perbandingan ukuran panjang sebenarnya boleh diukur dengan menggunakan alat pengukur seperti pembaris dan pita pengukur.
Unit bukan piawai ialah sebarang ukuran panjang abitrari yang digunakan sebagai unit. Contohnya: (a)bahagian badan seperti jengkal, tapak kaki dan panjang lengan; dan (b)objek seperti pen, klip kertas, rod, lidi dan sebagainya. Dahulu kala, bahagian...
SEJARAH UKURAN
Unit ukuran adalah kuantiti piawai bagi ciri-ciri fizikal, digunakan sebagai faktor untuk menyatakan kuantiti bagi sesuatu sifat. Unit ukuran adalah antara peralatan yang terawal dicipta manusia. Masyarakat purba memerlukan pengukuran bagi banyak benda: pembinaan tempat kediaman bagi bentuk dan saiz yang sesuai, rekaan pakaian, atau penurakan bahan makanan.
Sistem yang seragam bagi berat dan ukuran yang terawal diketahui nampaknya telah dicipta pada abad ke-4 SM dan ke-3 SM di kalangan masyarakat Mesopotania, Mesir dan Lembah Indus, dan mungkin juga Elam di Parsi.
Banyak sistem diasaskan dengan penggunaan bahagian badan dan benda-benda...
Saturday, 1 October 2011
SELAMAT DATANG....
Selamat datang ke blog matematik saya...masih dalam proses belajar untuk membina blog...diharap ada rakan-rakan yang sudi memberi idea dan pandang...