Sunday, 4 December 2011

Al-kisah Raja dan Tukang kayu



Raja Dan Tukang kayu

Pada suatu masa dahulu, sebelum katil dicipta, seorang raja telah meminta seorang tukang kayu untuk membuat sebuah katil untuk permaisurinya. Raja meminta Permaisuri baginda untuk berbaring sementara baginda raja berjalan disekeliling permaisuri. Baginda raja mengukur badan permaisuri tersebut dengan menggunakan bilangan tapak kaki baginda.
               
              Seterusnya, raja menyuruh tukang kayu tersebut membuat katil berdasarkan ukuran yang telah dibuat. Katil tersebut seharusnya berukuran 6 kaki panjang dan 3 kaki lebar. Tukang kayu segera pulang ke rumahnya untuk membuat katil tersebut. Tukang kayu telah memotong kayu berdasarkan ukuran kakinya sendiri. Namun, ukuran kaki tukang kayu tersebut lebih kecil berbanding ukuran kaki raja. 

              Apabila katil tersebut telah siap dibina, raja mendapati ukuran katil tersebut lebih kecil daripada yang dikehendaki oleh baginda. Akhirnya, baginda raja menjadi murka dan mengarahkan tukang kayu tersebut dimasukkan ke dalam penjara kerana ingkar kepada arahannya..




0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India