Tuesday 11 October 2011

PANJANG

Panjang ialah jarak antara dua titik yang diukur sepanjang garis lurus. Dua ukuran 
panjang boleh dibandingkan secara terus dengan meletakkannya sebelah menyebelah. Panjang boleh dibandingkan secara tidak langsung dengan membandingkannya dengan panjang ketiga. Perbandingan ukuran panjang sebenarnya boleh diukur dengan menggunakan alat pengukur seperti pembaris dan pita pengukur.

Unit bukan piawai ialah sebarang ukuran panjang abitrari yang digunakan sebagai unit. 
Contohnya: (a)bahagian badan seperti jengkal, tapak kaki dan panjang lengan; dan 
(b)objek seperti pen, klip kertas, rod, lidi dan sebagainya. Dahulu kala, bahagian badan menjadi ukuran untuk mengukur unit panjang , contohnya:

*      hasta – daripada siku ke hujung jari hantu
*      jengkal – daripada hujung ibu jari ke hujung jari kelengkeng yang diluaskan  pembukaan jari.
*      depa – daripada hujung jari hantu ke hujung jari hantu sebelah tangan lagi  satu.
*   genggam – semua jari ditutup dan dari tepi tapak tangan ke tepi ibu jari (masih lagi gigunakan untuk mengukur tinggi kuda)
*      kaki – membahagikan ukuran kepada 12 inci, dan ukuran asalnya berdasarkan kepada panjang kaki.

Unit piawai ukuran panjang telah diterima di peringkat antarabangsa.
 Contohnya :
(a) ela, (b) meter, (c) batu, (d) inci dan (e) kilometer
Unit-unit seperti ela, batu dan inci dikenali sebagai unit imperial. Manakala unit meter
 kilometer dikenali sebagai unit metric. Walaubagaimana pun, kurikulum sekolah Malaysia hanya menyentuh unit metrik sahaja. Contoh-contoh unit metrik untuk panjang termasuklah milimeter

SEJARAH UKURAN

Unit ukuran adalah kuantiti piawai bagi ciri-ciri fizikal, digunakan sebagai faktor untuk menyatakan kuantiti bagi sesuatu sifat. Unit ukuran adalah antara peralatan yang terawal dicipta manusia. Masyarakat purba memerlukan pengukuran bagi banyak benda: pembinaan tempat kediaman bagi bentuk dan saiz yang sesuai, rekaan pakaian, atau penurakan bahan makanan.

Sistem yang seragam bagi berat dan ukuran yang terawal diketahui nampaknya telah dicipta pada abad ke-4 SM dan ke-3 SM di kalangan masyarakat Mesopotania, Mesir dan Lembah Indus, dan mungkin juga Elam di Parsi.

Banyak sistem diasaskan dengan penggunaan bahagian badan dan benda-benda di sekeliling sebagai alat pengukur. Pengetahuan kita tentang berat dan ukuran muncul dari banyak sumber.

Antara alat ukuran yang digunakan zaman dulu:

a) Jengkal



b) Hasta



c) Depa (panjang dua tangan yang dibuka luas)

d) langkah



Saturday 1 October 2011

SELAMAT DATANG....

Selamat datang ke blog matematik saya...masih dalam proses belajar untuk membina blog...diharap ada rakan-rakan yang sudi memberi idea dan pandangan.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India