Wednesday 30 November 2011

Ujian Julai

Tuesday 29 November 2011

Cadangan Aktiviti Pengajaran



BANK SOALAN

Klik pada kertas soalan pilihan anda












 





RPH 1


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TAHUN






Refleksi Pengajaran Mengukur Panjang Menggunakan Unit Metrik

Kelebihan
Setelah melaksanakan pengajaran ini, saya dapati set induksi yang dijalankan dapat menarik perhatian murid. Dengan adanya bahan maujud yang dibawa oleh guru telah menyebabkan murid ternanti-nanti tajuk pengajaran pada hari itu. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga dapat menarik perhatian murid. Ini adalah disebabkan oleh aktiviti yang dijalankan melibatkan semua murid untuk mengukur peralatan yang ada di dalam bekas pensil mereka.


Kelemahan
Aktiviti mengukur tidak berjalan dengan lancar kerana sebilangan murid tidak mempunyai pembaris. Sepatutnya saya memesan lebih awal kepada murid supaya membawa pembaris agar aktiviti berjalan dengan lebih lancar.

Cadangan Penambahbaikan

Untuk penambahbaikan dalam mengajar topik ini, guru boleh membawa murid melaksanakan aktiviti mengukur di luar kelas. Ini mungkin akan menjadikan aktiviti lebih menarik dan dapat menarik perhatian murid terutamanya mereka yang sering tidak memberi tumpuan terhadap sesi P&P. Guru juga boleh melaksanakan permainan yang melibatkan pengukuran di luar bilik darjah misalnya permainan konda kondi yang diubahsuai agar melibatkan aktiviti pengukuran yang melibatkan unit metrik.















Video Set Induksi


RPH 2


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Penambahan ukuran panjang melibatkan sentimeter (cm) dan milimeter (mm)



REFLEKSI
Kekuatan:
Aktiviti yang dirancang dapat menarik minat murid terutamanya elemen muzik yang dimasukkan semasa aktiviti kumpulan. Kesemua aktiviti yang dirancang melibatkan semua murid dan ini mengurangkan masalah disiplin dikalangan murid-murid.


Kelemahan:
Aktiviti mengukur di dalam kumpulan kurang sesuai kerana hanya 2 utas tali sahaja yang dibekalkan untuk diukur. Sepatutnya bilangan tali lebih dari itu bagi memberi peluang kepada semua ahli kumpulan dapat menjalankan aktivti mengukur dan menambah pangjang tali.

Cadangan Penambahbaikan:
Kaedah penyampaian guru boleh disertakan dengan tayangan slide. Ini akan menambahkan lagi minat murid dengan tayangan slide yang berwarna warni. Aktiviti penutup juga boleh dipelbagaikan selain dari soal jawab mengenai topik pelajaran pada hari ini. Penutup yang lebih menarik akan meninggalkan kesan yang mendalam dan pasti murid akan tertunggu sesi pembelajaran yang akan datang.















 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India